LAUT MERAH: Dua kapal dagang menukar haluan di Laut Merah dan Teluk Aden susulan insiden rampasan kapal oleh tentera Houthi di selatan Laut Merah.
Houthi juga mengeluarkan rakaman video yang memaparkan operasinya merampas kapal berkenaan.
Ketiga-tiga kapal adalah dari kumpulan maritim yang sama.
Ahad lalu, Israel mengeluarkan kenyataan Houthi merampas kapal kargo milik British yang dikendalikan oleh Jepun dan menuduh ia sebagai tindakan keganasan oleh Iran.
Kerajaan Jepun pula mengesahkan penawanan itu dan memohon pembebasan kepada Houthi sambil meminta bantuan pihak berkuasa Arab Saudi, Oman dan Iran.
Kapal dagang itu dirampas kira-kira 50 batu nautika barat Pelabuhan Hudaidah yang dikawal oleh Houthi.
Pimpinan Houthi minggu lalu mengeluarkan kenyataan, pasukan mereka akan membuat serangan lanjut ke atas Israel dengan menyasarkan kapal-kapal Israel di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandeb. – REUTERS