Tumpuan :
Dunia

Dua helikopter bertembung di udara ragut 4 nyawa

Dua helikopter bertembung dan terhempas di pantai Main Beach, Gold Coast, Australia. – FOTO AP

GOLD COAST: Empat maut manakala tiga lagi parah selepas dua helikopter bertembung di udara di Gold Coast, Brisbane, Australia.

Menurut media tempatan, kejadian berlaku pada jam 2 petang waktu tempatan di Main Beach.

Jurucakap Polis Queensland mengesahkan kemalangan terbabit ketika dihubungi pihak media tempatan.

13 orang turut disahkan berada di dalam helikopter berkenaan sewaktu nahas.

Manakala enam daripadanya mengalami cedera ringan.

Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kini dilakukan.

Hasil siasatan awal dijangka diketahui dalam tempoh enam ke lapan bulan. – SUMBER AFP

Loading...
Terkini