Tumpuan :
Dunia

Dua gempa bumi lemah landa San Diego

SAN DIEGO: Dua gempa bumi lemah berlaku selang satu saat pada Isnin di selatan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, mengakibatkan gegaran di kawasan San Diego County, menurut Kajian Geologi AS, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gempa bumi pertama berukuran 3.4 pada skala Richter melanda pada 5.13 petang kira-kira 8 kilometer (km) barat daya Tecate, Mexico, dan 24 km barat daya Campo. Ia serta-merta diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 3.6 kira-kira 37 km barat daya Progreso, Mexico, dan 50 km tenggara Campo.

Tiada ada petunjuk gegaran pada gempa bumi pertama yang mencetuskan gempa kedua.

Gempa bumi lemah kerap berlaku di dalam dan sekitar sempadan AS-Mexico tetapi jarang mengakibatkan kepada gegaran kuat, kata Rockwell.  — BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini