Tumpuan :
Dunia

Dua dikhuatiri maut dalam runtuhan salji di Austria

FOTO : AFP

AUSTRIA: Dua dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji di kawasan berhampiran sebuah resort di barat Austria.

Insiden berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan pada ketinggian 2,700 meter dari aras laut.

Lapor media BCC, ketika kejadian terdapat 10 orang di kawasan terbabit.

Enam berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi cedera dan diterbangkan ke hospital untuk rawatan.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat dalam kenyataannya menegaskan, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan.

Ia turut disertai unit anjing pengesan dan jentera helikopter – BBC/AFP

Loading...
Terkini