NEW YORK: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak pada hari Isnin (3 Februari), mendorong matawang jirannya Kanada dan Mexico jatuh ke paras terendah sejak beberapa tahun.
Manakala matawang yuan China merosot ke paras terendah dalam dagangan luar pesisir selepas Presiden AS Donald Trump memulakan perang perdagangan dengan mengenakan tarif yang menyeluruh.
Kenaikan dolar AS adalah luas, dengan matawang euro juga jatuh ke paras terendah lebih dua tahun dan matawang Swiss Franc walaupun lazimnya bertindak sebagai tempat selamat turut merosot ke paras paling lemah sejak Mei.
Kanada dan Mexico, dua rakan dagangan utama AS, segera bertindak balas, dan China berkata ia akan mencabar levi Trump di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.