comscore
Tumpuan :
Dunia

Doktor di Gaza beri amaran tentang ‘malapetaka besar’ 

FOTO: Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Unit rawatan rapi neonatal di Hospital Al-Shifa bakal menghadapi ‘malapetaka besar’, berikutan kekurangan bekalan ubat-ubatan asas dan ancaman terputus bekalan elektrik.

Menurut Ketua Jabatan Hospital Dr Nasser Bulbul, selain mengalami kekurangan teruk ubatan asas termasuk antibiotik, jabatan itu juga hanya beroperasi dengan 10 ventilator.

”Kami menyeru semua orang untuk menghantar bekalan perubatan yang diperlukan untuk jabatan kritikal ini atau jika tidak, kami akan menghadapi malapetaka besar,” katanya.

FOTO: Reuters

Jelasnya, unit itu mempunyai 55 orang bayi dan jika bekalan elektrik terputus dalam tempoh 5 minit kesemua bayi itu akan meninggal dunia.

Selain hospital berkenaan, beberapa anggota kesihatan itu juga terpaksa bekerja di hospital lain di selatan Gaza bagi merawat lebih 60 ribu orang yang berlindung di hospital.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini