Tumpuan :
Dunia

Ditikam, dicekik anak hingga mati

LONDON: Seorang ibu di Market Weighton, Yorkshire timur maut, ditikam dan dicekik anaknya.

Kejadian berlaku selepas 20 minit wanita itu meminta bantuan ambulans untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan mental.

Rick Parker, 40, didakwa menikam dada ibunya, Helen Harrison dengan pisau sepanjang 20 inci ketika kejadian 5 Mac tahun lalu di rumah mereka.

Mahkamah pada Jumaat dimaklumkan bahawa Parker kemudian menghubungi talian 999 memaklumkan seorang wanita ‘cedera teruk’ dan ‘meninggal dunia’ selain memberitahu bahawa pasukan kecemasan tidak perlu ‘tergesa-gesa datang ke situ’.

Pendakwa raya Geraldine Kelly berkata, sebelum itu, Helen menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan membawa Parker ke hospital bagi penilaian kesihatan mental.

Bagaimanapun, ketika paramedik tiba di rumah itu, Parker menjawab soalan petugas itu dengan tenang dan memberitahu dia tidak memerlukan sebarang bantuan.

“Seorang paramedik kemudian memberitahu Helen yang anaknya dalam keadaan baik dan mereka tidak boleh memaksanya untuk melakukan sesuatu yang tidak diingininya.

“Mereka meminta maaf tidak dapat membantu dan beredar dari situ. Namun selepas itu, penduduk mendengar bunyi jeritan kuat dan tendangan pada pintu depan, sebelum jeritan terhenti dan keadaan senyap,” kata Kelly.

Beliau memberitahu mahkamah yang Parker kemudian menghubungi talian 999, sebelum paramedik sama tiba di rumah itu pada 4.50 petang dan menemui Parker yang tenang memaklumkan ”ibunya okay” dan berada di dalam rumah dengan pisau 20 inci tertusuk di bahagian kanan dada.

Hukuman ke atas lelaki itu ditetapkan akan diputuskan pada tarikh lain. – Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini