comscore
Tumpuan :
Dunia

Dissanayake Presiden baharu Sri Lanka

Anura Kumara Dissanayake Presiden baharu Sri Lanka. – FOTO: Reuters

SRI LANKA: Anura Kumara Dissanayake calon berhaluan kiri dipilih sebagai Presiden baharu Sri Lanka selepas menang dalam Pilihan Raya yang diadakan Sabtu lalu.

Kemenangan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap janjinya untuk memerangi rasuah dan mengukuhkan pemulihan ekonomi selepas krisis kewangan terburuk yang melanda negara itu dalam beberapa dekad.

Dissanayake, 55, tidak mempunyai latar belakang politik seperti beberapa pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden

Beliau menewaskan penyandang Presiden, Ranil Wickremesinghe, serta pemimpin pembangkang, Sajith Premadasa.

Dissanayake memperoleh 5.6 juta undi atau 42.3 peratus undi keseluruhan, satu lonjakan besar berbanding hanya 3 peratus yang diperolehnya pada Pilihan Raya Presiden 2019.

Premadasa pula menduduki tempat kedua dengan 32.8 peratus undi.

Pilihan raya ini juga mencipta sejarah, kerana untuk pertama kalinya dalam sejarah negara itu, pemilihan Presiden ditentukan melalui pengiraan undi kedua setelah dua calon teratas gagal memperoleh 50 peratus undi yang diperlukan untuk diisytiharkan sebagai pemenang.

Kemenangan Dissanayake ini diharapkan dapat membawa perubahan dalam landskap politik dan ekonomi Sri Lanka dan memberi harapan baru kepada rakyat yang berhadapan dengan cabaran ekonomi yang mencabar. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini