Tumpuan :
Dunia

Dijangka selesai masalah, pertemuan Trump-Zelensky bagai cetus konflik baharu

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Pertemuan yang dijangka memberi penyelesaian konflik antarabangsa berakhir dengan pertelagahan dua pemimpin.

Pertemuan empat mata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House berakhir kegagalan selepas kedua-dua pemimpin bertelagah mengenai perang dengan Rusia.

Zelenskyy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan A.S., selain berharap pertemuan itu dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan operasi dan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Namun, rundingan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di depan media antarabangsa.

Trump sebelum ini menyatakan perjanjian itu berupaya menjadi cara bagi negaranya untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Ukraine dalam bentuk bantuan kewangan dan persenjataan bagi membantu negara itu menentang Rusia.

Pertelingkahan di Pejabat Oval akhirnya terus menimbulkan keraguan dan menjadikan keadaan masa depan lebih kabur terhadap masa depan perjanjian damai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini