comscore
Tumpuan :
Dunia

Di mana lokasi Gunung Ruang? Kronologi letusan yang memaksa ratusan penduduk dipindahkan

FOTO: Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia

GUNUNG RUANG adalah gunung berapi strato atau gunung berapi kon, berketinggian puncak 725 meter dari paras laut, yang terletak di Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia.

Ia di bawah pentadbiran Desa Tulusan, Kecamatan Tagulandang, Kabupaten Sitaro.

Letusan terbaharu yang berlaku buat kali pertama sekitar jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada selasa (16 April 2024) dengan mengeluarkan asap hitam setinggi kira-kira 2 kilometer (km) ke udara.

Ia disusuli beberapa lagi letusan pada Rabu (17 April 2024) dengan asap setinggi antara 2.5 km hingga 3 km ke udara, yang memaksa lebih 800 penduduk kampung berhampiran, terutamanya di wilayah Pulau Tagulandang segera dipindahkan.

Sumber: Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia turut mengeluarkan nasihat berwaspada kepada masyarakat berhampiran berkaitan potensi lontaran batuan pijar, luruhan awan panas (surge) dan tsunami yang disebabkan oleh tuntuhan serpihan gunung berapi ke dalam laut.

Berdasarkan maklumat PVMBG, sejarah letusan Gunung Ruang tercatat sejak 1808 dan memiliki interval letusan sekitar antara satu hingga 30 tahun.

Letusan terakhir dicatatkan pada tahun 2002 yang turut mengeluarkan asap panas, mengakibatkan kerosakan harta benda dan memaksa pemindahan penduduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini