Tumpuan :
Dunia

Delegasi Israel tiba di Qatar, rundingan gencatan senjata

Keadaan bangunan sekitar Gaza, Palestin.- Foto: Reuters

BAITULMAQDIS: Israel mengesahkan delegasinya tiba di Qatar untuk meneruskan rundingan mengenai fasa seterusnya gencatan senjata di Gaza.

Jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan pertemuan itu diadakan selepas tentera Israel berundur dari Koridor Netzarim, seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengenai fasa seterusnya gencatan senjata dijadual bermula minggu ini susulan lawatan Netanyahu ke Amerika Syarikat minggu lalu.

Namun, menurut sumber dari pejabat Netanyahu, delegasi Israel pada tahap ini hanya akan membincangkan isu teknikal walaupun masih ada perkara yang belum dimuktamadkan, termasuk pentadbiran Gaza selepas perang.

Minggu lalu, Presiden Donald Trump, mengejutkan dunia berhubung cadangannya supaya rakyat Palestin dipindahkan dari Gaza dan wilayah itu diletakkan di bawah pemilikan Amerika Syarikat untuk dibangunkan semula.

Terlebih dahulu fasa pertama gencatan senjata yang bermula pada 19 Januari lalu melibatkan pembebasan tebusan dan banduan sebagai pertukaran.

Gencatan senjata yang diawasi Amerika Syarikat, Qatar, dan Mesir telah sebahagian besarnya dipatuhi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini