SYDNEY: Juruterbang bersama tiga kanak-kanak maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan luar bandar New South Wales di Australia semalam.
Menurut polis yang dilapor Reuters, pesawat Cirrus SR22 yang berlepas dari Canberra itu terhempas kira-kira 3 petang waktu tempatan (0400 GMT) berhampiran bandar Queanbeyan, yang terletak 290 kilometer dari Sydney.
Perkhidmatan kecemasan menerima laporan sebuah pesawat terhempas dan terbakar, dengan anggota bomba dikerah memadam kebakaran.
Namun, tiada mangsa yang terselamat, kata polis.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan mangsa yang maut adalah datuk dan tiga cucunya yang berusia 11, sembilan dan enam tahun.
Pesawat itu dikatakan sudah terbang 30 minit pada ketingian 9,000 kaki sebelum ia tiba-tiba menghadapi masalah, dan kawalan trafik udara tidak dapat berkomunikasi dengan juruterbang.
Dianggarkan satu minit untuk pesawat ringan itu jatuh dan terhempas di Gundaroo berhampiran Tasik George.