LOS ANGELES: Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass dihujani kritikan dan cemuhan kerana ‘gagal’ berada bersama rakyat yang bergelut menyelamatkan harta dan nyawa susulan dua kebakaran besar di Palisades dan Eaton Fire.
Presiden terpilih Donald Trump pada masa yang sama cuba meletakkan kesalahan kepada Gabenor California, Gavin Newsom atas bencana maut itu.
Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam salah satu bencana alam terbesar dalam sejarah California.
Bass, yang berada di Ghana ketika kebakaran berlaku pada hari Selasa, berdepan soalan mengenai ketiadaannya, memandangkan Perkhidmatan Cuaca Nasional Los Angeles telah memberi amaran tentang keadaan cuaca yang ekstrem sejak minggu lalu.
Bass, yang dilantik sebagai datuk bandar pada Disember 2022, cuba mengelak kritikan terhadap kepemimpinannya dan pada Khamis dengan tidak menjawab soalan mengenai keputusannya meninggalkan negara.
“Tumpuan utama saya, dan saya rasa tumpuan kita semua di sini, adalah kita perlu melindungi nyawa, menyelamatkan nyawa dan rumah.
“Bila semuanya selamat, nyawa dan rumah diselamatkan, kami pasti akan melakukan penilaian untuk melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak,” kata Bass dalam sidang media Khamis.
Kebakaran itu berlaku pada masa yang sangat mencabar bagi selatan California yang tidak menerima hujan signifikan untuk beberapa bulan.
Ia diburukkan lagi oleh angin Santa Ana yang kuat sekali gus telah memusnahkan 31,000 ekar (12,500 hektar) tanah – lebih dua
kali ganda saiz Manhattan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.