Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] ‘Dasar degil’, Israel tuduh PBB tidak relevan, tolak Resolusi gencatan senjata segera

NEW YORK: Israel menyelar Resolusi yang dibuat pada Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) yang memutuskan gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian disalurkan kepada penduduk Palestin yang terkesan akibat peperangan Israel-Palestin.

Tidak dapat menerima kenyataan Resolusi terbabit tidak menyebelahi rejim Zionis, Duta Israel ke PBB Gilad Erdan, menuduh badan dunia itu tidak lagi relevan.

Dengan nada hipokrit dan angkuh, Erdan menuduh Resolusi terbabit berat sebelah dan menolak tindakan Israel yang kononnya bertindak atas dasar ‘mempertahankan diri’.

Meskipun hakikatnya rejim Zionis telah membedil Gaza dan meragut hampir 7,500 nyawa dengan lebih 2,300 daripadanya adalah kanak-kanak yang tidak berdosa.

Dalam pada itu, Duta Palestin di PBB menegaskan Israel perlu akur dan menghormati resolusi yang telah dipersetujui.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini