ADRANI: Darurat diisytihar di beberapa daerah di Serbia dan Bosnia, susulan banjir buruk.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Serbia, sebanyak 1,300 anggota penyelamat dikerah ke lokasi teruk terjejas
Beberapa kawasan ditenggelami air susulan tebing sungai pecah, ini termasuk di Kraljevo.
Puluhan penduduk terpaksa dipindahkan oleh pasukan pasukan penyelamat
Keadaan yang sama juga dilaporkan di timur Bosnia.
Penduduk terpaksa berpindah selepas darurat diistiharkan oleh Datuk Bandar Kragujevac, Nikola Dasic
Juga terdapat laporan kejadian tanah runtuh di bandar Srebrenica manakala sebuah jambatan musnah di Kraljevo akibat arus deras – reuters