Tumpuan :
Dunia

Damsyik kekurangan bahan bakar

SYRIA: Kekurangan bahan bakar menyebabkan banyak kenderaan terpaksa beratur panjang di Damsyik.

Kekurangan bekalan itu sejka 10 hari lalu turut mengakibatkan sejumlah penduduk tidak dapat bekerja.

Selepas pemerintahan kejam selama 54 tahun dan perang saudara selama 13 tahun, Pejuang Pembebasan Syria berjaya menggulingkan Presiden Bashar yang menandakan perubahan generasi bagi Timur Tengah.

Dunia sedang ketika ini sedang memerhatikan sama ada pemerintah baru Syria dapat menstabilkan negara itu.

Rasuah dan sekatan Barat telah memberi kesan kepada semua sektor kehidupan di Syria, yang telah membebankan rakyat yang menderita untuk mencari keperluan asas mereka dengan harga yang tinggi.

Membina semula Syria adalah tugas yang sangat besar selepas perang saudara yang meragut ratusan ribu nyawa, menghancurkan bandar-bandar dan meninggalkan ekonomi yang hancur akibat sekatan antarabangsa. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini