Tumpuan :
Dunia

Cubaan usir rakyat Palestin ke Jordan ibarat isytihar perang – Menteri Luar Jordan

FOTO: Reuters

AMMAN: Sebarang cubaan usir rakyat Palestin dari Tebing Barat ke Jordan, ibarat isytihar perang.

Itu amaran keras Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi terhadap Israel berhubung desas-desus yang mengaitkan perkara itu.

Jelas beliau, Amman akan menangani perkara berkenaan sewajarnya.

Jordan dalam pada itu sedang menyediakan fail undang-undang berhubung pencerobohan Israel di Baitulmaqdis.

Namun, tiada maklumat lanjut berhubung isi kandungan fail terbabit dan dikemukakan kepada siapa.

SUMBER AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini