WASHINGTON: Amat jelas Israel kini cuba melupuskan kekejaman rejimnya di mata dunia.
Ia apabila syarikat penyedia media sosial Meta dan TikTok menerima lebih 8,000 permintaan daripada israel untuk mengeluarkan kandungan berkaitan peperangan di Palestin yang kononnya didakwa melanggar dasar syarikat.
Justeru, agensi itu memaklumkan, lebih 94 peratus kandungan laman sosial utama itu telah dikeluarkan.
Pejabat pendakwa raya Israel meminta kandungan keganasan itu dikeluarkan termasuk dakwanya sebarang promosi perjuangan Hamas dan kumpulan jihad.
Malah, pejabat itu juga meminta lagu yang menyanjung pejuang Hamas dan runut bunyi untuk ribuan video di TikTok diturunkan.
Sehingga kini, hampir 60 peratus daripada 9,500 jumlah permintaan mengeluarkan kandungan peperangan adalah kepada Facebook dan Instagram, manakala 26 peratus di TikTok.
Selain itu, terdapat 10 peratus daripada permintaan berkenaan pula ditujukan kepada X, serta lima peratus pada Youtube dan Telegram.