Tumpuan :
Dunia

Cuaca buruk di Colombia diramal berlarutan hingga hujung tahun

Foto: Reuters

BOGOTA: Situasi banjir di Colombia terus berlarutan. Sehingga kini, jalan-jalan raya di beberapa bandar termasuk ibu kota Bogota masih terkesan susulan paras air masih belum surut.

Keadaan itu memaksa kebanyakan laluan ditutup dan dilencongkan yang menyebabkan jarak dan masa perjalanan bertambah.

Ada juga yang nekad meninggalkan kenderaan yang terkandas banjir.

Video Reuters menunjukkan penghadang jalan turut hanyut di sekitar jalan raya di tengah premis perniagaan dan komersial.

Foto: Reuters

Beberapa hari lalu, Presiden Gustavo Petro mengisytihar darurat banjir di seluruh negara itu.

Hujan lebat merentasi pantai Pasifik Colombia dan wilayah Andes menyebabkan lebih 90,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Cuaca ekstrem mencetus banjir dan tanah runtuh di negara Amerika Selatan itu.

Jabatan kaji cuaca meramalkan hujan lebat dan banjir di sebahagian besar lokasi di negara itu akan berpanjangan sehingga hujung Disember.

Justeru orang ramai disaran sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dengan jangkaan keadaan lebih buruk dalam beberapa minggu akan datang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini