comscore
Tumpuan :
Dunia

Colombia: Kereta kabel jatuh, penumpang maut, 20 cedera

FOTO: Reuters

COLOMBIA: Seorang penumpang terbunuh manakala 20 lagi cedera selepas sebuah kereta kabel terjatuh di bandar Medellin.

Lapor media antarabangsa, kereta kabel terbabit melanggar sebuah lagi kereta kabel sebelum terjatuh dari ketinggian hampir 10 meter.

Insiden menyebabkan perkhidmatan pengangkutan itu tergendala.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Ketikan kejadian ia membawa 11 penumpang dengan seorang daripadanya maut selepas menerima rawatan di hospital.

Mangsa yang cedera termasuk seorang pemandu teksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini