comscore
Tumpuan :
Dunia

Colombia dilanda banjir, isytihar bencana seluruh negara

FOTO: Reuters

COLOMBIA: Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Colombia telah menyebabkan kerosakan teruk, termasuk infrastruktur perumahan yang dihanyutkan arus deras.

Penduduk terjejas juga dipaksa berpindah di kawasan selamat oleh pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat yang berterusan di negara itu.

Sementara itu, Presiden Colombia, Gustavo Petro, pada Ahad mengumumkan keadaan bencana nasional di seluruh negara.

“Kami mengisytiharkan keadaan bencana di seluruh negara, akibat ketidaktentuan iklim yang menghasilkan impak yang tidak dapat diramalkan dan luar biasa serta meningkatkan kerentanannya di wilayah-wilayah,” katanya dalam satu sidang media khas memetik laporan Reuters.

Menurut Petro, pengisytiharaan itu bertujuan untuk mempercepatkan mobilisasi sumber daya dan bantuan kepada penduduk yang terjejas serta meminimumkan impak banjir dan kemarau yang melanda negara ini.

Antara wilayah yang teruk terjejas ialah Chocó dengan lebih 30,000 keluarga terkesan dengan banjir berkenaan.

Laporan awal pihak berkuasa mendedahkan, seramai 27 daripada 31 daerah di Chocó dilaporkan terjejas.

Colombia, negara yang terletak di Amerika Selatan, sering kali berdepan dengan cabaran cuaca ekstrem seperti banjir dan kemarau. Namun, pada tahun 2024, negara itu mengalami beberapa bencana alam yang luar biasa terutamanya akibat hujan lebat yang berterusan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini