comscore
Tumpuan :
Dunia

Cipta ‘payung kalis pisau’ bagi keselamatan penumpang kereta api

OSAKA: Syarikat kereta api Jepun, West Japan Railway membangunkan ‘teknologi’ payung kalis tikaman yang akan digunakan melindungi penumpang dan anak kapal daripada penyerang yang bersenjatakan pisau dalam pengangkutan itu.

Bermula bulan depan, dua payung pelindung ini akan ditempatkan di kabin kru, membabitkan kira-kira 600 gerabak yang beroperasi di laluan konvensional di kawasan Kinki termasuk Osaka dan Kyoto.

Setiap payung berukuran kira-kira satu meter (m) panjang dan mempunyai diameter kira-kira 1.1m apabila dibuka.

Ia dilindungi dengan bahan khas yang sukar dipotong dengan pisau, iaitu payung yang dikembangkan boleh membantu melindungi pemegangnya daripada ditetak.

Berat payung kira-kira 700 gram yang jauh lebih ringan daripada perisai dan peralatan perlindungan lain.

Fabrik berjaring juga membolehkan pemegang melihat melalui payung dan memerhatikan penyerang.

Mekanisme ini dibangunkan ekoran kejadian pada Julai 2023, apabila seorang lelaki bersenjata pisau menikam tiga orang termasuk dua penumpang di dalam kereta api JR Kansai Airport Line di Wilayah Osaka.

JR West sudah melengkapkan beberapa kereta apinya dengan peralatan perlindungan seperti perisai, jaket serta sarung tangan kalis tikaman, tetapi pengendali kereta api membangunkan payung yang akan lebih memudahkan apabila digunakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini