SEOUL: Agensi anti-rasuah Korea Selatan terpaksa menangguhkan usaha untuk menahan Presiden Yoon Suk Yeol selepas berjam-jam gagal membolosi Anggota Keselamatan Presiden di kediamannya
Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi (CIO) berkata ia menghentikan pelaksanaan waran pada jam 1:30 petang, kira-kira lima jam selepas penyiasatnya tiba di kediaman presiden untuk menahan Yoon.
Pasukan yang melaksanakan waran terdiri daripada 30 orang dari CIO dan 120 pegawai polis
CIO dalam satu kenyataan kepada media mendedahkan,
penahanan Yoon adalah hampir mustahil disebabkan pertembungan dengan Anggota Keselamatan Yoon dan kebimbangan terhadap keselamatan kakitangannya.
Badan itu akan berbincang bagi langkah seterusnya selain turut mendedahkan rasa kesal terhadap Yoon yang enggan mematuhi prosedur penahanan yang sah
CIO mempunyai masa sehingga Isnin untuk melaksanakan waran tangkap terhadap Yoon atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan percubaan darurat tentera Yoon pada 3 Disember lalu – YONHAP
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.