PHILADELPHIA: Perkahwinan lelaki dan wanita warga emas di Pennsylvania ini menjadikan mereka pasangan pengantin tertua dunia.
Pasangan itu masing-masing berusia berusia 100 dan 102 tahun bertemu di rumah orang tua di Philadelphia, sehingga membibitkan cinta sebelum mereka berkahwin.
Rekod Dunia Guinness (GWR) mengesahkan Bernie Littman dan Marjorie Fiterman memecahkan rekod apabila mereka berkahwin di kemudahan kediaman warga emas tempat mereka berdua menetap itu pada 19 Mei lalu.
Littman dan Fiterman bertemu di pesta kostum di kemudahan itu sebelum mereka berdua disatukan dalam satu majlis di Universiti Pennsylvania.
Cucu perempuan Littman, Sarah Sicherman berkata, pasangan itu sangat bertuah selepas bertemu dan saling menyokong antara satu sama lain.
Dia menulis di media sosial, Littman dan Fiterman masing-masing berkahwin selama lebih 60 tahun dengan pasangan pertama, sebelum menemukan cinta mereka pada usia 100 tahun.
“Mereka berdua suka berjenaka dan menjaga antara satu sama lain,” kata Sicherman kepada GWR.
Littman menyatakan rahsia umur panjangnya adalah dengan membaca dan mengikuti perkembangan terkini mengenai peristiwa dunia, manakala Fiterman mengamalkan minum susu mentega untuk penjagaan kesihatannya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.