comscore
Tumpuan :
Dunia

China sokong perdagangan bebas, pertahan sistem perdagangan global

Foto: Reuters

BEIJING: China dengan tegas menyokong perdagangan bebas dan sentiasa komited mempertahankan sistem perdagangan global, kata Menteri Luar China, Wang Yi, pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada Isnin, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Perlembagaan Perancis, Laurent Fabius di Beijing.

“China dan Perancis berpegang kepada prinsip kebebasan dan hak menentukan hala tuju sendiri, yang sejajar dengan trend global ke arah multipolar serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia,” kata Wang seperti dipetik oleh Kementerian Luar China.

Beliau turut menegaskan bahawa beberapa cabaran dalam hubungan perdagangan China-EU tidak sejajar dengan kepentingan kedua-dua pihak, dan berharap EU akan mengambil pendekatan jangka panjang yang saling menguntungkan bagi menyelesaikan isu-isu terbabit.

Wang juga menekankan bahawa China berusaha mencari penyelesaian melalui rundingan dan perundingan. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini