
HONG KONG: Ribuan pengembara membanjiri pintu sempadan negara itu hari ini untuk memasuki China sebaik republik itu melonggarkan sekatannya.
Perjalanan tanpa kuarantin dikuatkuasa selepas tiga tahun rakyatnya berdepan penutupan akibat sekatan COVID-19.
China membuka semula sempadannya hari ini dengan pengembara tidak lagi perlu melakukan ujian saringan sewaktu memasuki negara itu.
Orang ramai dilihat mula memenuhi jabatan imigresen seawal jam 6.30 pagi.
Buat masa ini, semua pengembara masih diwajibkan untuk menunjukkan bukti ujian saringan PCR negatif COVID-19 dalam tempoh 48 jam sebelum mengembara, selain kuota jumlah penumpang tertakluk untuk kedua-dua arah.