BEIJING: China pada hari Jumaat menghantar satelit Pakistan ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Satelit itu, dinamakan PRSC-EO1, dilancarkan pada 12:07 tengah hari (Waktu Beijing) oleh roket pembawa Long March-2D dan berjaya memasuki orbit seperti yang dirancang.
Roket itu turut membawa dua lagi satelit iaitu Tianlu-1 dan Lantan-1.
Pelancaran ini menandakan misi penerbangan ke-556 yang melibatkan siri roket pengangkut Long March. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.