JIUQUAN: China pada Rabu berjaya melancarkan roket pembawa ZQ-2 Y-1 yang diubah suai dari barat laut China ke angkasa lepas, lapor Xinhua.
Roket itu dilancarkan pada 10.00 pagi (Waktu Beijing) dan berjaya menghantar dua satelit ujian ke orbit.
Dibangunkan oleh syarikat roket swasta China, LandSpace, roket ZQ-2 Y-1 juga dikenali sebagai ZQ-2E Y-1, mempunyai konfigurasi dua peringkat dengan oksigen cecair dan metana sebagai bahan propelan.
Menurut syarikat berkenaan, roket ini mampu membawa muatan 4 tan ke orbit sun-synchronous sejauh 500 kilometer.
— BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.