comscore
Tumpuan :
Dunia

China lancar laluan kereta api kelajuan tinggi pertama rentas pantai hingga Selat Taiwan

FUJIAN: China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan.

Kereta api berkelajuan tinggi itu berlepas dari Fuzhou, ibu kota Fujian di timur China dan membuka laluan kereta api Fuzhou-Xiamen-Zhangzhou sepanjang 277 kilometer.

Laluan rentas laut pertama China dengan pengangkutan itu akan melalui jambatan yang merentasi tiga teluk pantai.

Menurut media kerajaan yang memetik syarikat pengendali kereta api, ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 350 kilometer sejam.

Justeru, tempoh perjalanan dari hab ekonomi Fuzhou ke Xiamen iaitu destinasi pelancongan tumpuan negara itu akan mengambil masa kurang sejam.

Setakat 2022, negara tembok besar itu mempunyai kereta api berkelajuan tinggi yang beroperasi sepanjang 42,000 kilometer, dengan kelajuan tinggi tetap pada 350 kilometer per jam.

Loading...
Terkini