Tumpuan :
Dunia

China catat rekod baru lagi, 2024 terpanas sejak 6 dekad lalu

Rakyat China menggunakan pakaian untuk berlindung daripada terik matahari sewaktu melakukan aktiviti harian di Shanghai. – FOTO: Reuters

BEIJING: Data meteorologi China menunjukkan pada 2024 negara itu mencatatkan paras suhu paling tinggi sejak lebih 6 dekad lalu.

Bacaan purata kebangsaan pada tahun lepas adalah 10.92 darjah Celsius, lebih satu darjah Celsius melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.

Shanghai dilaporkan mencatatkan suhu tertinggi apabila merekodkan 18.8 darjah Celsius pada tahun lalu, tertinggi dalam rekod meteorologi provinsi itu sejak 1873, menurut Biro Meteorologi Shanghai.

Bagaimanapun, darjah pemanasan suhu pada 2024, diikuti oleh purata hujan yang tinggi di seluruh negara apabila mencecah 697.7 mm, 9 peratus lebih tinggi daripada purata tahunan.

Di bawah dasar iklim semasa, dunia dijangka berhadapan kenaikan darjah pemanasan sebanyak 3.1 darjah Celsius di atas paras pra-industri menjelang 2100, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada Oktober.-Reuters

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini