BEIJING: China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan mengenai kawalan senjata dan ketakcambahan senjata nuklear di Washington pada minggu depan.
Kenyataan terbabit dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin dalam satu sesi taklimat pada Khamis, lapor Sputnik.
Media AS pada Rabu melaporkan bahawa China bersetuju mengadakan perbincangan dengan Washington, dan pertemuan pertama antara dua kuasa besar itu dijangka berlangsung pada 6 Nov. – BERNAMA-SPUTNIK