comscore
Tumpuan :
Dunia

China anggap keputusan ICJ tentang isu Palestin-Israel signifikan

FOTO: Reuters

BEIJING: Menyentuh tentang Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan satu pendapat nasihat pada 19 Julai lepas mengenai kes wilayah Palestin yang diduduki, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Isnin menyatakan bahawa pendapat nasihat itu sangat signifikan.

Ini kerana hal itu mencerminkan keprihatinan dan kepekaan masyarakat antarabangsa, mengenal pasti dengan jelas aktiviti pendudukan Israel terhadap wilayah Palestin secara berterusan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Kes ini sudah dalam perhatian masyarakat antarabangsa. China selaku negara kuasa besar bersedia memikul tanggungjawab yang wajar. Pendirian China dapat diterjemahkan dalam pendapat nasihat yang dikeluarkan ICJ itu, yang tidak terlepas daripada penglibatan negara kami dalam proses pembahasan dan pengadilan ICJ yang membabitkan cadangan bertulis dan pembentangan di mahkamah,” kata Mao.

Mao menekankan bahawa pendirian China dalam isu Pelastin adalah konsisten dan jelas.

China sentiasa berdiri di sisi kedamaian dan keadilan serta bertindak sejajar dengan tuntutan kemanusiaan dan hasrat bersama kebanyakan negara.

Masyarakat antarabangsa diharap berpandukan pendapat nasihat ICJ terus menjalankan usaha untuk menggalakkan penyelesaian isu Palestin dengan seawal mungkin dan mewujudkan kedamaian dan kestabilan yang berkekalan di rantau Asia Barat. – BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini