BEIJING: Kerajaan China secara proaktif memberikan bantuan kepada warga China yang ingin meninggalkan Syria dengan cara yang selamat dan teratur, kata jurucakap Kementerian Luar China pada Ahad.
Jurucakap kementerian itu berkata pihaknya juga mengekalkan hubungan rapat dengan mereka yang masih berada di negara itu serta memberikan bimbingan keselamatan.
Beliau berkata China memberi perhatian tinggi terhadap perkembangan situasi di Syria dan berharap kestabilan akan dipulihkan secepat mungkin.
“Pihak berkaitan di Syria digesa mengambil langkah perlu untuk menjamin keselamatan institusi dan individu China di Syria.
“Pada masa ini, kedutaan China di Syria masih beroperasi, dan kami akan terus memberikan bantuan kepada warga China yang memerlukannya,” kata jurucakap itu China ketika diminta mengulas mengenai situasi terkini di Syria.
— BERNAMA-CMG
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.