FOTO : Reuters
Charles Bakal Dinobatkan Sebagai Raja Charles III
UNITED KINGDOM : Dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II, secara automatik Putera Charles akan dikenali sebagai Raja Charles III.
Itu adalah keputusan pertama dicapai sebaik pemerintahan baru bermula tidak lama lagi.
Charles juga boleh memilih dari mana-mana empat namanya, Charles Philip Arthur George.
Dengan ini, bermakna bukan hanya gelaran Charles yang akan berubah.
Meskipun Putera William adalah pewaris takhta, dia tidak semestinya akan berubah gelaran kepada Putera Wales secara automatik, ia bagaimanapun harus dianugerahkan oleh bapanya.
Dia dan Kate bagaimanapun buat masa ini, secara automatik telah mewarisi gelaran sebagai Duke dan Duchess of Cornwall dari bapanya selain gelaran sedia ada untuk Cambridge.