AMERIKA SYARIKAT: Ribut salji luar biasa membadai California dengan tiupan angin kencang.
Jabatan Kaji Cuaca Tempatan mengeluarkan amaran ribut salji kepada 500,000 penduduk di kawasan barat pergunungan dan amaran runtuhan salji di kawasan tertentu.
Salji tebal dijangka mencecah 300 sentimeter di kawasan pergungan dan mencetuskan masalah trafik.
Ia turut mengakibatkan jarak penglihatan jatuh sehingga ke paras sifar di kawasan tertentu.
Sebahagian jalan raya juga terpaksa ditutup kepada lalu lintas selain gangguan perkhidmatan kereta api yang melalui daerah terjejas.
Pada masa sama, tiupan angin kencang sehingga lebih 120 kilometer sejam diramalkan berlarutan sehingga hari ini.
Lapor media CNN, setakat ini lebih 39,000 kediaman dan premis terputus bekalan elektrik.
Angka itu dijangka melonjak dengan ramalan angin kencang di sebahagian kawasan. – CNN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.