Tumpuan :
Dunia

Cadangan jualan senjata AS$8 bilion kepada Israel

Foto fail Reuters

WASHINGTON: Pentadbiran Biden telah memberi notifikasi secara tidak rasmi kepada Kongres AS mengenai cadangan jualan senjata bernilai AS$8 bilion kepada Israel, lapor Axios pada hari Jumaat, memetik dua sumber.

Perjanjian itu dilaporkan memerlukan kelulusan daripada jawatankuasa Dewan dan Senat

Jualan termasuk peluru untuk pesawat pejuang dan helikopter tempur, peluru artileri dan peluru berpandu udara-ke-udara

Pakej itu juga termasuk bom berdiameter kecil dan kepala peledak, menurut Axios.

Jabatan Negara tidak memberi respon segera terhadap permintaan maklum balas oleh pihak media

“Presiden telah menjelaskan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan warganya, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta untuk mencegah pencerobohan daripada Iran dan organisasi proksinya,” kata seorang pegawai AS yang dipetik oleh Axios.

Usaha diplomatik setakat ini gagal untuk mengakhiri perang Israel-Palestin yang telah berlarutan selama 15 bulan di Gaza.

Presiden Joe Biden dijangka akan meninggalkan White House pada 20 Januari depan. – ARABNEWS

Loading...
Terkini