CHINA : 10 maut selepas bumbung konkrit sebuah gimnasium runtuh di bandar Qiqihar.
Usaha mencari seorang lagi mangsa yang terperangkap masih diteruskan.
Insiden berlaku di sebuah sekolah kira-kira 2.56 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian terdapat kira-kira 19 individu di lokasi terbabit dengan empat daripadanya sempat menyelamatkan diri.
Setakat pagi tadi 14 mangsa dapat dikeluarkan dengan tiga daripadanya disahkan maut di lokasi kejadian.
Manakala enam yang lain meninggal dunia selepas menerima rawatan.
Siasatan awal mendapati, runtuhan mungkin berpunca daripada bahan binaan yang diletakan di atas bumbung gimnasium terbabit. – REUTERS