Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Budak meninggal dunia ketika berwuduk

Budak berusia 8 tahun dihempap dinding ketika mengambil wuduk. – Tangkap layar foto tular di Instagram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengambil wuduk, meninggal dunia akibat dihempap dinding di sebuah masjid, Isnin lalu.

Dalam rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial, Gian Septiawan Ardani, 8, yang belajar di sekolah rendah dilihat sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi rakannya di sebuah masjid di Lubuk Minturun, Sumatera Barat.

Tiba-tiba, sebuah motosikal ditunggangi seorang individu merempuh dinding di tempat dua kanak-kanak itu mengambil wuduk.

Dinding berkenaan runtuh di atas kepala Gian, manakala rakannya sempat mengelak bongkah konkrit itu.

Gian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden  itu berlaku kira-kira jam 3 petang, Isnin lalu.

Sementara itu, seorang pentadbir masjid, Desriadi, memberitahu Republika,  motosikal terbabit yang ditunggang seorang pelajar berusia 13 tahun terbabas ketika  melakukan aksi ‘freestyle’. – AGENSI

Loading...
Terkini