Tumpuan :
Dunia

Brunei rancang bina loji insinerator sisa untuk jana elektrik

Foto hiasan

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei bercadang membina loji insinerator sisa yang boleh memproses 800 hingga 1,000 tan sisa sehari untuk menjana tenaga elektrik, kata Menteri Pembangunan Datuk Haji Mohd Juanda ketika Mesyuarat Majlis Perundangan ke-19

Menurut media tempatan Borneo Bulletin pada Ahad, menteri itu berkata semasa membentangkan bajet tahunan kementeriannya pada mesyuarat Majlis Perundangan bahawa loji itu akan mencapai pengurusan sisa pepejal yang lebih berdaya tahan dan cekap.

“Masalah seperti bau dan larut resapan yang biasanya dikaitkan dengan tapak pelupusan sampah boleh dielakkan.

“Dengan penggabungan teknologi pengurusan sisa pepejal terkini, masalah pencemaran seperti pelepasan gas daripada insinerator dapat ditangani sebaik mungkin.

“Pendekatan ini juga memastikan pengurusan sisa yang lebih berkesan untuk 20 tahun akan datang,” kata menteri itu.

Tapak Pelupusan Kejuruteraan Sungai Paku Brunei yang meliputi 104 hektar dan menerima 90 peratus sisa negara, dijangka mencapai had kapasitinya menjelang 2030. – BERNAMA

Loading...
Terkini