NEW YORK: Britain menyeru gencatan senjata segera dikuatkuasakan antara Israel dan Hizbollah bagi mengelak rantau Asia Barat terjerumus ke ambang krisis lebih buruk.
Menurut Perdana Menterinya, Keir Starmer, konflik itu memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan.
Kenyataan Starmer dibuat ketika mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Beliau menyeru kepada UNSC untuk mencari penyelesaian politik yang dapat memutuskan kitaran keganasan daripada berulang seperti di Asia barat.
Katanya gencatan senjata segera amat diperlukan antara Israel dan Hizbollah serta pelaksanaan rancangan politik.
Ia bagi membolehkan orang awam Israel dan Lubnan pulang ke rumah mereka untuk hidup dalam keadaan aman dan selamat.
Keselamatan itu katanya akan dicapai melalui diplomasi, bukan eskalasi.
Tambahnya, PBB perlu menuntut sekali lagi gencatan senjata segera, penuh dan lengkap di Gaza dengan pembebasan semua tebusan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.