comscore
Tumpuan :
Dunia

Briged Al Qassam lancar roket Maqadmeh M-90 ke wilayah tengah Israel 

TEBING BARAT: Seorang kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera dalam serbuan pengganas Israel di Tebing Barat.

Serbuan dilancarkan di Kem Pelarian Qalandia di Baitulmaqdis Timur.

Penduduk memberitahu, beberapa kediaman diserbu dengan 18 penduduk Palestin ditahan oleh pengganas rejim.

Laluan di beberapa lokasi juga ditutup.

Briged Al Qassam dalam pada dalam pada itu melancarkan serangan roket Maqadmeh M-90 ke wilayah tengah Israel mengakibatkan dua orang cedera.

Lapor media Al Jazeera, lima roket dikesan dari lokasi pelancaran di Khan Younis.

Ia adalah bedilan roket pertama dilancarkan kumpulan itu sejak Ogos lalu – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini