Tumpuan :
Dunia

Bot nelayan Taiwan karam, kru masih hilang.

FOTO: Agensi

TOKYO: Pengawal Pantai Jepun pada Isnin menjalankan misi mencari untuk mengesan tujuh orang yang hilang dalam insiden bot nelayan Taiwan karam berhampiran Pulau Ishigaki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Pengawal Pantai Jepun telah menerima maklumat mengenai insiden itu pada Ahad dan sebuah helikopter telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengesan kapal berkenaan.

Menurut NHK, kapal itu telah dikesan di 150 kilometer (93 batu) dari Pulau Ishigaki – kru bot seorang warga Taiwan dan enam rakyat Indonesia masih dipercayai hilang.

Bot nelayan itu dilaporkan berlepas dari pelabuhan di utara Taiwan pada malam 27 Feb. – BERNAMA

Loading...
Terkini