KOREA SELATAN: Tiga maut selepas sebuah bot nelayan yang membawa 22 penumpang terlanggar batu di pantai barat daya Korea Selatan.
Pasukan Pengawal Pantai dan pihak berkuasa lain melaporkan menerima panggilan sekitar jam 10:30 pagi mengenai bot yang merempuh batu berhampiran Pulau Gageo di Sinan, Wilayah Jeolla Selatan.
19 penumpang diselamatkan oleh Pasukan Pengawal Pantai dan sebuah kapal berhampiran.
Pihak berkuasa kini dalam usaha menyiasat punca kemalangan itu.
Pasukan Pengawal Pantai berkata kapten kapal terbabit mungkin akan didakwa atas tuduhan kecuaian yang mengakibatkan kematian. – YONHAP
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.