![](https://media.buletintv3.my/2023/08/Buletin-TV3-85.jpg)
KANADA: Pihak bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran yang sedang merebak di Tasik Adams, British Columbia.
Menurut pihak berkuasa, anggota bomba bekerja siang dan malam bagi menghentikan kebakaran itu serta mengelakkannya daripada terus merebak.
Usaha pemadaman turut dibuat dari udara menggunakan helikopter.
Situasi api merebak pantas dilaporkan berpunca daripada tiupan angin kencang.
Kerja-kerja pemadaman api dilakukan bersama-sama tentera Kanada dan Amerika Syarikat sekaligus mengelakkan kebakaran infrastruktur awam.
ENDS