Tumpuan :
Dunia

Bomba bergelut kawal kebakaran hutan di timur laut Jepun

FOTO: Reuters

JEPUN: Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran hutan di timur laut Jepun yang marak sejak tujuh hari lalu, memusnahkan rumah-rumah dan memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun, setakat 0300 GMT pada Selasa (4 Mac), api merebak ke lebih 2,600 hektar (6,425 ekar) tanah, dan seramai 4,596 orang diarahkan untuk berpindah.

Menurut penyiar awam NHK, kebakaran ini menjadi kebakaran hutan paling buruk di Jepun dalam tempoh tiga dekad.

Keadaan udara kering dijangka berterusan di rantau itu pada Selasa, namun salji mungkin mula turun pada awal Rabu (5 Mac), menurut pegawai cuaca. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini