Tumpuan :
Dunia

Bolivia isytihar darurat negara akibat kebakaran hutan

Anggota angkatan tentera berkawal di kawasan yang terjejas ketika Bolivia merekodkan kebakaran hutan paling teruk sejak.- Foto: Reuters

BOLIVIA: Kementerian Pertahanan Bolivia mengisytiharkan darurat negara semalam susulan kebakaran hutan yang semakin meruncing.

Menteri Alam Sekitar Alan Lisperguer berkata, sehingga kini kawasan padang rumput dan kawasan hutan yang terjejas kira-kira 3.8 juta hektar.

Memetik Agensi Penyelidikan Angkasa Brazil, Bolivia telah menyaksikan jumlah kebakaran hutan terbesar sejak 2010 dengan melibatkan sekurang-kurangnya 3 juta hektar tahun ini.

Amerika Selatan sedang mengalami kemuncak musim kebakaran yang dijangka berlaku pada Ogos dan September, selepas musim kebakaran terdahulu yang luar biasa mula memusnahkan negara pada Julai berikutan kemarau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini