![](https://media.buletintv3.my/2025/02/BOLIVIA.jpg)
LA PAZ: Sejumlah 24 nyawa terkorban di Bolivia selepas hujan lebat berterusan melanda negara itu mencetuskan banjir besar dengan La Paz menjadi wilayah paling teruk terjejas.
Di bandar Tipuani, utara La Paz, hujan berterusan menyebabkan sungai melimpah, memaksa penduduk mencari perlindungan di sebuah gereja, lapor media tempatan.
Perkhidmatan meteorologi Bolivia, Senamhi, telah mengeluarkan amaran status jingga dari 7 hingga 22 Februari bagi memberi peringatan mengenai risiko limpahan sungai, termasuk Sungai Tipuani.
Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes, pada Isnin mengesahkan bahawa 24 orang telah terkorban, seorang masih hilang, dan lapan daripada sembilan wilayah di Bolivia terjejas akibat cuaca buruk.
Beliau turut memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan berkemungkinan berlanjutan sehingga awal Mac.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.