comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Biden umum pengunduran pemilihan Presiden AS


Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pengundurannya daripada pemilihan Presiden AS 2024 yang bakal berlangsung pada awal November depan.

Pemimpin 81 tahun itu berkata, keputusan tersebut merupakan langkah terbaik bagi parti Demokrat dan juga rakyat negara Uncle Sam itu.

FOTO: Joe Biden / X

“Ia merupakan penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Presiden AS.

“Meskipun niat saya ingin mencalonkan semula diri saya sebagai presiden bagi pemilihan akan datang, namun saya percaya keputusan tersebut dilakukan demi kepentingan terbaik parti saya dan Amerika Syarikat.” kata Biden menerusi kenyataan yang dimuat di aplikasi X.

Tambahnya, pengunduran tersebut akan membolehkannya menumpukan perhatian penuh kepada tugas sebagai presiden bagi baki penggal pemerintahannya.

FOTO: Joe Biden / X

Biden turut memberi sokongan penuh kepada Naib Presiden-nya, Kamala Harris sebagai calon mewakili Parti Demokrat untuk bertanding dengan calon Republikan, Donald Trump dalam pemilihan Presiden AS 2024.

Sebelum ini media melaporkan, pelbagai pihak termasuk lebih 30 ahli Demokrat di Dewan Perwakilan dan empat senator meminta beliau untuk menarik diri dari pemilihan Presiden AS susulan faktor umur dan kondisi kesihatan yang meragukan.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini