comscore
Tumpuan :
Dunia

Bengal luluskan hukuman mati terhadap perogol

FOTO: Reuters

BENGAL: Bengal menjadi negeri terawal di India meluluskan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap perogol.

Ia selepas tercetusnya protes besar-besaran menuntut keadilan terhadap kes rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di Kolkata.

Undang-undang yang diluluskan Dewan Negeri itu bagaimanapun belum mendapat kelulusan presiden terus meningkatkan lagi ketegangan terhadap isu keganasan terhadap wanita.

Ia menjadi simbolik protes kerana undang-undang jenayah dikenakan secara seragam di India.

Sebelum ini, perogol hanya dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Manakala, hukuman mati bagi kesalahanan jenayah serius sering tertangguh ekoran tempoh rayuan berlanjutan.

Tragedi pembunuhan doktor itu mencetus mogok oleh pengamal perubatan dan protes yang disokong ribuan rakyat di India.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini