comscore
Tumpuan :
Dunia

Bekas ratu cantik ditembak mati di restoran 

QUITO: Bekas ratu cantik di Ecuador, ditembak mati di dalam sebuah restoran yang sibuk pada waktu siang, baru-baru ini.

Mirror UK melaporkan, Landy Parraga Goyburo, yang sebelum ini bersaing untuk merebut gelaran Miss Ecuador, menjadi sasaran penembak ketika dia berdiri dan bercakap dengan pasangannya.

Pasangan berkenaan dikatakan menikmati sarapan pagi di pusat beli-belah La Quadra, di El Guayacan dekat Quevedo, ketika kejadian pada pagi Ahad itu.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menyelinap ke tempat kejadian sebelum salah seorang daripadanya menyerbu ke arah mereka.

Parraga, 23, tunduk, manakala lelaki yang bersamanya, berlindung di sebelahnya.

Salah seorang lelaki bersenjata bertopeng mengacukan pistol ke arah pasangan itu sebelum melepaskan tembakan.

Bekas peserta kecantikan itu kelihatan ditembak beberapa kali sebelum penyerang melarikan diri dari tempat kejadian.

Imej menunjukkan mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah, lapor The Sun.

Ketika ini, belum jelas sama ada pasangannya terselamat dalam kejadian itu.

Polis kini dalam usaha untuk mengesan penyerang.

Parraga mewakili Wilayah Los Ríos sebagai peserta Miss Ecuador pada 2022 dan mempunyai lebih sejuta pengikut di seluruh akaun media sosialnya.

Namanya disebut dalam perbualan yang didedahkan kepada umum oleh Pejabat Peguam Negara pada Disember 2022.

Namanya dipetik dalam perbualan itu oleh individu yang mempunyai kaitan dengan kes jenayah terancang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini